Kelas MS Words (Membuat Karangan BM) & Advokasi KDB
5 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5 .00 petang dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara menaip dengan menggunakan Microsoft Ward membuat karangan Bahasa Melayu. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran Buli Siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: