Kelas Membuat surat rasmi & Advokasi KDB
4 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta diajar membuat surat rasmi dengan menggunakan teknik dan format yang betul serta menggunakan MS Words yang telah diajar. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Online Grooming yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: