Kelas Membuat Minit Mesyuarat & Advokasi KDB

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara membuat minit mesyuarat dengan menggunakan format yang betul dan ringkas.

Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Sebenarnya.my. Taklimat KDB ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai Sebenarnya.my dan kegunaannya. Sebenarnya.my dapat membantu pengguna mengesahkan sesuatu berita sebelum pengguna menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak pasti. Oleh hal demikian, penyebaran maklumat palsu dapat dielakkan daripada dikongsi secara berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali