Kelas Microsoft Powerpoint & Advokasi KDB

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 4 orang peserta sekolah menengah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan Microsoft Powerpoint di samping menarik minat mereka menghasilkan powerpoint yang menarik audiens.

Pada kelas kali ini, peserta telah belajar membuat karangan pendek dan kerja kursus untuk pembentangan dengan membuat slide yang menarik. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas Advokasi KLIK DENGAN BIJAK yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan untuk mengelakkan peserta menjadi pembuli siber serta menjadi pengguna yang bijak dan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali