Program Service Learning di Rumah Bejau, Matau Machan (Hari Kedua)

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini adalah Program Kolaborasi di antara Kolej UCTS Sibu, UNIMAS, Cornel Universiti dan PI Machan serta komuniti di sekitar Machan. Ia merupakan kesinambungan Project Service Learning yang telah dijalankan sejak Januari 2019. Projek ini merupakan projek yang dijalankan oleh pelajar-pelajar bersama komuniti di Machan. Ia bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan Machan kepada dunia luar.

Di samping itu, semasa projek ini dijalankan, pelajar-pelajar telah melawat ke rumah panjang yang terpilih iaitu Bejau di Matau, Machan. Ia bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat mengenai kehidupan di rumah panjang. Di samping itu, projek ini merupakan salah satu inisiatif untuk menghasilkan sebuah buku khas mengenai Machan. Hal ini demikian kerana, pada masa sekarang masih tidak ada maklumat khas mengenai Machan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali