Kuiz Kemerdekaan & Advokasi KDB

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang merupakan pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi Hari Kemerdekaan di Pekan Machan.

Peserta telah diberi beberapa soalan tentang Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran “Jangan Mudah Terpengaruh Berita Palsu”

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali