Penyerahan sijil tamat kursus asas komputer & MS Words serta Advokasi KDB

20 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta iaitu 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan yang merupakan pelajar sekolah lepasan sekolah SPM dan STPM. Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk Penyerahan sijil tamat kursus asas komputer selepas 2 bulan mereka belajar mengenai asas kelas asas komputer. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran “ Jangan Sebar Berita Palsu”

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali