Kelas Asas MS Words & Adv KDB

22 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada tuai rumah/wakil tuai rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft dengan membuat biodata diri. Peserta telah di ajar mengedit MS Words.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai cara membuat resume menggunakan MS Office Word. Semasa kelas ini diadakan mereka telah diminta untuk menyediakan resume masing-masing mengikut contoh dan langkah yang diberikan. Setelah selesai kelas tersebut, peserta telah diberikan taklimat KDB untuk memberi kesedaran menggunakan internet dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali