Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan Microsoft Words secara asas dengan membuat biodata diri yang ringkas dalam Bahasa Melayu.

Peserta telah di ajar mengedit MS Words. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan mendidik peserta supaya tidak menjadi pembuli siber serta tidak menjadi mangsa kepada buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali