Ujian Microsoft Words & Advokasi KDB

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Ujian ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah yang telah menghadiri kelas MS Words selama ini. Ujian ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah menduduki ujian Microsoft Words seperti membuat biodata diri secara ringkas, membuat surat rasmi, minit mesyuarat dan carta organisasi.

Tujuan ujian ini diadakan adalah bertujuan menguji tahap kefahaman para peserta mengenai kelas MS Words yang telah diajar. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan mendidik peserta supaya tidak menjadi pembuli siber serta tidak menjadi mangsa kepada buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali