Kelas Belajar Online ( Subjek Sejarah Tingkatan 5 & Bahasa Melayu Darjah 6) & Advokasi KDB “ Clik Dengan Bijak”

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 1 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 untuk ulangkaji peperiksaan SPM minggu depan dan seorang pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam bermula pada 9.00 Pagi sehingga Pukul 12.00 Tengah Hari yang bertempat di Pusat Internet Machan.

Peserta belajar secara online matapelajaran sejarah dan Bahasa Melayu oleh guru mereka dan selepas itu mereka diberi ceramah Advokasi oleh Staf PI Machan mengenai “Klik Dengan Bijak” yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa buli siber dan sentiasa peka dengan “Scammer”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali