Kursus Latihan Pengendali Makanan Online (Keusahawanan)
20 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pengendali makanan di sekitar Machan. Kelas ini telah diadakan pada jam bermula pada 09.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Machan. Kelas ini diadakan secara online oleh syarikat SLM NZ Venture dan sijil diiktiraf oleh KKM.
Pesert telah diberi pendedahan mengenai kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan. Selain itu, peserta dapat mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat peserta, khusunya untuk mengalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: