Kelas Mengarang Dan Menghantar Email Serta Advokasi KDB

5 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan pelajar lepasan SPM dan STPm Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah hari dan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara membuat email (create, login & logout).

Kelas ini berguna kepada pelajar agar mereka mendapat asas penggunaan email dan belajar cara membuat keselamatan email mereka. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran Buli Siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali