Kelas Pengenalan Kepada Internet & Website Serta Advokasi KDB

6 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 Petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai asas penggunaan komputer seperti belajar menekan papan kekunci dan tetikus. Selain itu juga mereka diajar mengenai asas penggunaan Microsoft word.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khusunya untuk mengalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali