Kelas Asas Microsoft Word & Kelas Usahawan
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 5 orang perempuan yang merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan Microsoft Word di samping melatih mereka untuk belajar membuat resume bagi kegunaan mereka memohon pekerjaan nanti. Pada masa yang sama, peserta telah diberi tontonan satu Video mengenai Usahawan Machan yang telah berjaya dalam jualan kuih traditional di sekitar bahagian Sibu. Ia bertujuan untuk memupuk peserta menceburi bidang usahawan nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: