Kolaborasi Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Machan

10 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2022 iaitu pada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang telah diadakan Program Kolaborasi Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Nanga Machan bertempat di Tabika KEMAS Nanga Machan.

Program ini telah dihadiri oleh 11 orang dewasa dan warga emas yang bertujuan untuk membasmi buta huruf melalui konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Program ini merupakan kolaborasi di antara PEDi Machan dan KEMAS Nanga Machan. Ia merupakan satu aktiviti tidak formal yang memberi peluang kepada warga dewasa, dan golongan yang tercicir daripada pendidikan formal dan mendapatkan bimbingan asas 3M.

Selain itu, PEDi Machan juga telah memberi Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak yang bertajuk Tidak Pasti Jangan Kongsi yang bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu atau tidak dikenalpasti kesahihannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali