Kelas dekorasi kek

4 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2022, telah diadakan Kelas Keusahawanan Dekorasi Asas Menghias Kek bertempat di Pusat Ekonomi Digital Machan Kanowit. Sesi kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 petang dan telah disertai seramai 8 orang peserta daripada komuniti setempat.

Kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada komuniti setempat dalam kemahiran dan pengetahuan tentang kaedah yang betul dalam penghasilan kek. Ini merupakan pendekatan untuk kita sama-sama meningkatkan minat serta mencungkil kemahiran yang ada. Seterusnya, pembuatan kek ini boleh dijadikan sebagai hobi di samping mampu menjana pendapatan sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali