Kelas Surat Rasmi & Advokasi KDB

13 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 7 orang peserta terdiri daripada ketua kampung. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Machan)

Kesinambungan daripada kelas Surat Rasmi yang telah diadakan pada 5 Ogos 2022 lepas. Ketua masyarakat yang tidak menghadiri kelas minggu lepas telah hadir bagi menghabiskan pembelajaran.

Dalam kelas ini, mereka telah diajar format surat rasmi yang betul. Selain itu, penggunaan ayat dalam surat rasmi dan turut belajar menaip.

Di akhir kelas, peserta sekali lagi ditekankan tentang Advokasi “KLIK DENGAN BIJAK” yang bertajuk Jaga Keamanan iaitu berkaitan kandungan sensitif dalam media sosial seperti Religion, Race & Royalty.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali