Kelas Microsoft Word & Advokasi KDB
16 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 7 orang peserta terdiri daripada ketua kampung. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Machan)
Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan Ketua Kampung mengenai fungsi Microsoft Word dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan format yang betul. Selain itu, melalui penguasaan yang mantap di dalam kelas ini diharap dapat memudahkan kerja mereka dalam membuat setiap dokumen kerja yang dihasilkan.
Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas Advokasi “KLIK DENGAN BIJAK” yang bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan untuk mengelakkan peserta menjadi pembuli siber serta menjadi pengguna yang bijak dan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: