Kelas membuat surat rasmi & Advokasi KDB
13 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 2 Orang Ketua masyarakat di sekitar kawasan Machan Kanowit. Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sebelum menaip tugasan di Microsoft Word, peserta di ajar untuk menulis kerja/merangka di kertas sebelum menaip dalam Microsoft word. Hal ini demikian kerana,bagi menjimatkan masa menaip dan mengelakkan lebih banyak kesalahan.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk pemimpin di peringkat akar umbi melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT bagi memudahkan kerja selain memperolehi ilmu tambahan dalam menjalankan tugasan.
Akhir sekali, ketua kampung diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi dan Anda iaitu, mengenai kepentingan teknologi internet dan komputer pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: