Kelas Asas Komputer & Advokasi KDB
12 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar perempuan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Machan Kanowit. Kelas ini fokus kepada para pelajar yang belum mengetahui asas pengunaan komputer.
Peserta telah diajar mengenai komponen asas komputer. Semasa kelas ini, mereka di ajar fungsi serta kegunaan asas komputer. Dengan ini, mereka akan memahami serba sedikit pengetahuan asas komputer. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan masa kini. Oleh itu,di harap ilmu ini dapat membantu para pelajar dalam melayari Internet untuk mengakses maklumat
Di akhir kelas, pelajar juga diberi taklimat mengenai Advokasi “Klik Dengan Bijak” iaitu, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: