Mencari maklumat untuk kerja kursus & Advokasi KDB

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2022, sekumpulan pelajar sekolah menengah memanfaatkan hujung minggu mereka untuk mencari maklumat di Pedi Machan. Aktiviti ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Pedi Machan menyediakan tempat yang kondusif untuk pembelajaran pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat tentang pelajaran.

Mereka berasa gembira dengan kewujudan Pedi Machan kerana menyediakan tempat untuk para pelajar berkumpul bersama untuk aktiviti seperti ini.

Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali