Kursus pengenalan kepada Aplikasi Canva & Mencipta Video Kreatif 2.0

17 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 DECEMBER 2022-PEDi Machan kerjasama dengan DCC Kanowit telah berjaya menganjurkan kursus 1 hari mengenai Asas Penggunaan Aplikasi Canva & Mencipta Video kreatif yang telah diadakan secara bersemuka dengan kehadiran 21 orang peserta daripada Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah di sekitar pekan Machan.

Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend dalam menghasilkan poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya.

Antara pengisian kelas ini adalah setiap peserta diberi tunjuk ajar cara mewujudkan akaun secara percuma; memilih template yang ada; memasukkan dan menyunting imej, teks, bingkai, ikon, video, dan audio ke dalam template yang dipilih; memuat naik imej dan audio dan seterusnya memuat turun hasil penerbitan yang telah disiapkan dalam format yang tersedia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali