Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

27 JULAI 2022- Telah berlangsung forum secara online bertajuk “Akses Dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Dan Matematik”. Forum ini membincangkan tentang kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM). Salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali