Kelas membuat minit mesyuarat & Advokasi KDB

26 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 1 Orang Ketua masyarakat di sekitar kawasan Machan Kanowit. Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 2.00pm sehingga 4.00pm. Beliau telah di ajar secara individu untuk beliau lebih memahami dengan lebih mendalam cara membuat minit mesyauarat yang betul. Tujuan kelas ini diadakan adalah membantu ketua masyarakat yang perlu diberi perhatian secara individu bagi mereka yang tidak dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran secara berkumpulan.Selain itu, untuk pengetahuan ICT bagi memudahkan kerja selain memperolehi ilmu tambahan dalam menjalankan tugasan. Akhir sekali, ketua kampung diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi dan Anda iaitu, mengenai kepentingan teknologi internet dan komputer pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali