Program Reading Seeds

23 September 2022 | Aktiviti Terkini

22 September 2022(Khamis)- Program Reading Seeds telah berlangsung di Perpustakaan Desa Taman Muhibbah Indah Kanowit dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak,Sibu bersama Perpustakaan Desa Zon 9 Sarawak. Program ini turut disertai oleh Kluster Pedi Kanowit,Giat Mara Kanowit dan DCC. Program ini merupakan program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula dari peringkat bayi 0-3 tahun dimana penglibatan peranan ibu bapa sangat penting untuk memupuk budaya membaca dari awal peringkat. Program ini merupakan satu inisiatif Ekonomi Digital kerajaan Malaysia dalam Memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak seawal mungkin terutamanya untuk komuniti luar Bandar. Ibu bapa yang menyertai program ini diberi Kits Reading seeds secara percuma yang merangkumi bahan bacaan untuk anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali