Kelas Microsoft Word & Advokasi KDB

30 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 7 orang peserta terdiri daripada ketua kampung. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Machan). Kelas ini adalah kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada 15 julai 2022(jumaat)yang lepas, kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan Ketua Kampung mengenai fungsi Microsoft Word dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan format yang betul. Di akhir kelas, peserta sekali lagi ditekankan tentang telah Advokasi “KLIK DENGAN BIJAK” yang bertajuk Buli Siber. Ia adalah bagi menekankan bahawa buli siber sangat bahaya jika tidak diberi pendedahan yang betul pada peringkat awal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali