Kelas asas Powerpoint & Advokasi KDB (Sekolah Menengah)
7 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniBertempat di PEDI Machan telah diadakan kelas Asas Powerpoint yang telah disertai oleh 6 Orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan kepada pelajar menggunakan perisian MS PowerPoint dalam pembentangan dan sebagainya.
Topik asas powerpoint yang diajar merangkumi cara-cara memasukkan slaid baru, templat, teks dan gambar, jadual, carta serta penggunaan clipboard ditunjukkan langkah demi langkah.
Malah, turut dikongsikan tip-tip dalam membuat jadual dan carta yang efektif bagi menarik tumpuan semasa pembentangan.
Akhir sekali,turut diselitkan secara ringkas mengenai advokasi KDB mengenai Positif n Produktif iaitu menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan internet positif dan beretika seta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: