Kelas Shopee: Apa Itu Shopee??

14 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

13 Januari 2023- Seramai 6 Orang Pelajar Sekolah Menengah sekitar Pekan Machan telah menyertai kelas Apa Itu Shopee??. Kelas ini merupakan satu inisiatif dimana pelajar diajar mengenali platform jual beli atas talian. Para pelajar diajar cara membuka akaun shopee dan asas dalam membeli barangan secara online.

Bagi mengimbangi kehendak semasa dalam bidang keusahawanan,pendedahan awal ini diharap dapat mengubah persepsi, minat dan memberi galakan kepada para pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya dalam mencari sumber pendapatan sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali