Kelas Asas Komputer Sekolah Rendah (Microsoft Word)

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

14 Januari 2023 (Sabtu) - Memanfaatkan hujung minggu untuk belajar komputer di Pedi Machan. Seramai 4 Orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti asas komputer tersebut. Kelas telah berlangsung selama 2 jam iaitu daripada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Tujuan kelas ini bagi membantu pelajar mengenali komputer sejak dari awal lagi terutamanya fungsi komputer selain daripada melayari internet. Antara aspek yang diajar ialah belajar mengenali fungsi keyboard dalam menaip menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali