Kelas Penilaian Asas Komputer (SMK) & advokasi KDB
11 Februari 2023 | Aktiviti Terkini10 Februari 2023 (sabtu)- Seramai 6 orang pelajar Sekolah Menengah telah menghadiri kelas penilaian Asas Komputer yang telah diadakan di Pedi Machan. Tujuan penilaian ini adalah untuk menilai tahap kefahaman para pelajar mengenai topik pembelajaran yang merangkumi Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Mereka telah mengikuti kelas asas komputer daripada oktober 2022.
Penilaian ini penting dalam membantu mereka benar-benar faham dalam pembelajaran agar dapat digunakan dalam masa hadapan. Akhir kelas, turut di selitkan advokasi mengenai maksud buli siber, contoh-contoh perlakuan buli siber, akibat atau kesan buli siber kepada mangsa serta pelaku, cara mengenali pembuli siber, dan apa yang perlu dilakukan sekiranya orang tersebut adalah mangsa kepada buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: