Aktiviti sempena Cuti Sekolah-Buzz Games (Kolabaorasi PEDi Machan bersama DCC Kanowit) & Advokasi KDB

25 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

24 Februari 2023- Sempena Cuti Sekolah, Pusat Ekonomi Digital Pedi Machan telah berkolaborasi Bersama DCC Kanowit untuk menjayakan program Buzz Games. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah permainan kuiz dan teka-teki. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan kepentingan aktiviti perbincangan dalam kumpulan kepada pelajar disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah sempena cuti sekolah.

Seramai 10 Orang pelajar telah memeriahkan aktiviti tersebut. Akhir Kelas turut di selit mengenai Advokasi KDB iaitu mengenai Buli Siber. Para pelajar diingatkan agar tidak mengamalkan budaya yang tidak baik seperti buli siber kerana perbuatan tersebut amalan yang boleh merosakkan masa depan sendiri. Hal ini bagi meningkatkan pengetahuan pengguna mengenai salah laku buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali