Kelas Asas komputer Microsoft Word (Jadual kelas) & Advokasi KDB

8 September 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar perempuan . Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang bertempat di Pusat Latihan PEDi Machan. Objektif kelas ini bagi membantu para pelajar menghasilkan jadual kelas sendiri menggunakan Microsoft Word.

Selain itu,memberi kecekapan secara mendalam dan terperinci kepada pelajar untuk mempelajari cara memasukkan tables yang betul. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB iaitu tentang Buli Siber. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran Buli Siber terutamanya di Sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali