Kelas Asas Komputer & Advokasi KDB

5 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Seramai 9 Orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menghadiri Kelas Asas komputer yang telah diadakan di pusat Latihan PEDi MACHAN. Kelas telah berlangsung selama 2 jam iaitu daripada pukul 9.00 pagi hingga 11 .00 pagi. Pelajar telah di ajar untuk membuat jadual kelas dengan bantuan daripada Staf Pedi Machan iaitu puan Laila.

Objektif pembelajaran ini adalah membantu pelajar mengurus aktiviti harian dengan adanya jadual kelas pembelajaran mereka di samping pengetahuan dalam mengggunakan Microsoft word. Akhir sekali, pelajar turut di beri sedikit ceramah mengenai advokasi ‘ Klik Dengan Bijak - Positif ‘n Produktif’ menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali