Softskill- Kelas Ngajat Orang Ulu

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

7 OKTOBER 2023 (SABTU) – Atas sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat untuk batch 1, PEDi Machan telah membuka penyertaan untuk Kelas Ngajat Orang Ulu bagi batch 2. Tenaga Pengajar ialah PN. DAISY HELEN JUPA. Kelas Ngajat Orang Ulu ini telah disertai oleh 3 Orang perempuan dan Kelas Ngajat ini hanya di lakukan pada hujung minggu.

Objektif kelas ini mengalakkan golongan masyarakat mengambil bahagian, mempelajari kebudayaan sendiri di samping menyediakan mereka dengan aktiviti sihat. Kelas tarian ini dijalankan untuk mengeratkan silaturahim diantara pihak penduduk tempatan dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Machan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali