Kelas ulangkaji Microsoft Word & Advokasi KDB

4 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

3 March 2023 (Jumaat) - Bertempat di PEDI Machan , seramai 2 orang pelajar Sekolah Rendah telah datang ke PEDI Machan untuk megulangkaji dan belajar mengenai Microsoft Word. Kelas ini bagi membantu pelajar mengaplikasikan maklumat yang telah diajar oleh Staff Pedi Machan. Antara aktiviti yang diajar adalah menaip menggunakan Microsoft Word, Cara menghasilkan Jadual waktu, menghasilkan lukisan menggunakan bentuk dalam Microsoft Word.

Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Akhir kelas, turut di selitkan mengenai advokasi Klik Dengan Bijak iaitu mengenai Membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali