Aktiviti Santai Sempena Tahun Baru cina 2023 & Advokasi KDB

28 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

27 Januari 2023- Pedi Machan telah berkolaborasi dengan DCC PA Kanowit bagi menjayakan program Aktiviti Santai Sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2023. Tujuan program ini bagi mengisi masa terluang cuti sekolah sempena Tahun Baharu Cina dengan mengadakan aktiviti-aktiviti santai seperti Bingo,Teka Silang kata dan Mewarna.

Aktiviti santai ini dapat memberi manfaat baharu kepada pelajar sekolah dengan mengenali aplikasi dan teknologi untuk belajar. Akhir program, mereka turut diberi sedikit perkongsian mengenai Advokasi Buli Siber iaitu, Minta bantuan. Hubungi MCMC di aduanskmm.gov.my untuk melaporkan kes buli siber. Jika ia melibatkan ancaman fizikal, laporkan segera kepada pihak polis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali