Kursus Selampai Burik (Kelas keusahawanan)

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2023 yang lepas, PEDi Machan telah mengadakan Kursus selampai burik (kelas keusahawanan). Kursus ini dijalankan pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di PEDi Machan. Selain itu, kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang peserta wanita iaitu terdiri daripada surirumah dan komuniti di sekitar Pekan Machan. Selain itu, PEDi Machan mengadakan kolaborasi bersama Wanita PBB dan SIDS pampang Machan.

Tenaga pengajar tediri daripada 4 orang Wanita PBB dan SIDS Pampang Machan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara menghasilkan selampai yang dijahit dengan burik. Peserta diajar melukis, mengegam dan menjahit selampai burik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali