Kelas Asas Microsoft Word (Lepasan SPM)

11 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

10 MEI 2023 (RABU)- Kelas Asas Microsoft Word telah diadakan di PEDI Machan untuk pelajar lepasan SPM. Seramai 7 Orang pelajar perempuan memanfaatkan masa terluang mereka sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan menghadiri kelas komputer di PEDI Machan. Tujuan kelas ini adalah membantu lepasan SPM mahir dalam pembangunan Digital.

Pembangunan digital menyaksikan kemahiran penggunaan Microsoft Office terutamanya seperti Word, Excel, dan Powerpoint sebagai satu aset yang sangat bernilai yang bukan sahaja membantu pelajar merangka dokumen mereka seperti thesis dan laporan kerja dalam keadaan yang kemas dan professional, malah meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali