Kelas Asas komputer Microsoft Word (Surat Rasmi) & Advokasi KDB

2 September 2023 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 1 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Pusat Latihan PEDi Machan.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing para pelajar menaip surat rasmi menggunakan format yang betul. Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB iaitu tentang Buli Siber. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran Buli Siber terutamanya di Sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali