Asas Microsoft Word (Power Point) & Advokasi KDB
3 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini2 August 2024 (Jumaat) - Bertempat di NADI Machan, seramai 2 Orang perempuan pelajar Tingkatan 6 telah menghadiri kelas komputer di NADI Machan untuk belajar mengenai Asas pengunaan Microsoft Word (PowerPoint). Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Objektif pembelajaran kelas ini bagi membantu murid dalam pengunaan PowerPoint untuk menghasilkan slide yang cantik dan kemas bagi tujuan pembentangan dalam pembelajaran di kelas.
Antara topik yang diajar dan dibimbing adalah Cara membuat Slide Powerpoint yang kreatif, pemilihan template yang menarik ,mengolah teks dan mengendalikan grafik.
Akhir kelas, turut di selitkan mengenai advokasi Klik Dengan Bijak iaitu mengenai Membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: