Kelas MS Words (membuat minit mesyuarat) & Advokasi KDB (Tuai-tuai Rumah)
2 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2024, NADI Machan telah mengadakan kelas MS Words iaitu membuat minit mesyuarat. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan NADI Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-tuai Rumah dan setiausaha JKKK.
Peserta diajar mengaplikasikan MS Words dengan membuat minit mesyuarat JKKK rumah panjang masing-masing. Mereka dilatih menggunakan format minit mesyuarat yang betul untuk menghasilkan minit mesyuarat yang sepatutnya.
Selain itu, peserta juga telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Grooming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: