Kelas MS Words (membuat surat rasmi) & Advokasi KDB

9 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2024, NADI Machan telah mengadakan kelas MS Words iaitu membuat surat rasmi. Kelas ini diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat NADI Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 1 orang peserta iaitu Tuai Rumah.

Beliau mengaplikasi MS Words yang telah diajar tahun lepas dan menyambung semula kelas yang lepas. Di samping itu, beliau membuat surat rasmi untuk JKKK rumah panjang. Beliau semakin mahir dan sudah semakin pandai menggunakan aplikasi MS Words.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali