Asas Shopee

2 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

1 Februari 2024 (KHAMIS)- Pedi Machan telah menganjurkan kelas Shopee kepada 2 Orang perempuan Komuniti di Machan bagi membantu mereka yang berminat untuk memiliki akaun shopee. Kelas telah diadakan di bilik Latihan Pedi Machan. Kelas bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Objektif kelas ini bagi membantu mereka untuk mengenali apa itu Shopee dan kelebihan memiliki Akaun shopee selain daripada untuk membeli barangan secara online. Malah,mereka turut didedahkan dengan kedai shopee atas talian.

Akhir kelas, diselitkan dengan Advokasi KDB mengenai “Kenali Scammer”. Advokasi ini bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang ancaman scammer dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali