Kelas Asas Microsoft Word (Surat Rasmi) & Advokasi KDB

6 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Komputer telah diadakan di Pedi Macahan yang terdiri daripada 4 Orang Perempuan dan 2 Orang Lelaki. Kelas ini merupakan sambungan daripada pembelajaran pada minggu pertama Kelas Asas Komputer. Pada minggu ini,mereka telah belajar menaip Surat Rasmi menggunakan Word iaitu, format penggunaan yang betul. Seterusnya, mempelajari cara untuk menyimpan dokumen yang telah mereka siap ditaip dalam folder.

Akhir kelas,mereka diturut diberi ceramah Advokasi mengenai “Klik Dengan Bijak” yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa buli siber dan sentiasa peka dengan “Scammer”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali