Asas Microsoft Word (Surat Rasmi)Ketua kampung & Advokasi KDB

8 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

7 Jun 2024 (Jumaat) - Bertempat di NADI Machan, seramai 2 Orang perempuan,dan 1 lelaki terdiri daripada ketua kampung telah datang ke NADI Machan untuk belajar mengenai Format Surat Rasmi. Kelas ini merupakan kesinambungan kelas pada minggu lepas.

Kelas ini bagi membantu Ketua Kampung dalam mempelajari pengunaan komputer dan mempelajari menaip mengunakan Format Surat Rasmi yang betul. Ketua Kampung diberi penerangan mengenai format surat rasmi yang betul untuk mereka gunakan dalam tugasan menaip tugasan kerja sebagai ketua kampung.Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Akhir kelas, turut di selitkan mengenai advokasi Klik Dengan Bijak iaitu “Buli Siber”.Jauhi perbuatan buli siber untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali