E-Learning Sains (sistem suria) & Advokasi KDB

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2024, Isnin NaDi Machan telah mengadakan E-Learning Sains (sistem suria) & Advokasi KDB. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan NaDi Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 1 orang peserta sekolah rendah.

E-Learning ini melatih peserta mengenalpasti 8 planet utama di dalam sistem suria. Di pengujung sesi, peserta diberi kuiz berkaitan dengan nama-nama planet yang ada di dalam sistem suria. Dengan adanya e-learning ini, ia lebih menarik minat peserta untuk belajar secara online.

Akhir sekali, peserta juga telah diberi taklimat ringkas Klik Dengan Bijak yang bertajuk Grooming.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali