Kelas MS Words & Advokasi KDB

6 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2024, Selasa, NaDi Machan telah mengadakan kelas MS Words & Advokasi KDB. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan NaDi Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada Setiausaha JKKK Rumah Panjang Machan.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengaplikasi MS Words yang telah dipelajari sebelum ini. Peserta belajar menaip minit mesyuarat JKKK rumah panjang.

Selain itu, peserta diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Teknologi & Anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali