Asas Komputer & Microsoft Word Ketua kampung & Advokasi KDB

18 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

17 Mei 2024 (Jumaat) - Bertempat di NADI Machan, seramai 2 Orang perempuan,dan 2 lelaki terdiri daripada ketua kampung telah datang ke NADI Machan untuk belajar mengenai Microsoft Word. Kelas ini merupakan kesinambungan kelas pada minggu lepas.

Kelas ini bagi membantu Ketua Kampung dalam mempelajari pengunaan komputer dan belajar menaip mengunakan Word. Pembelajaran merangkumi cara pengunaan keyboard,menaip,menyimpan dokumen dan cara untuk Shutdown computer.Kelas ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Akhir kelas, turut di selitkan mengenai advokasi Klik Dengan Bijak iaitu “Buli Siber”.Jauhi perbuatan buli siber untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali