Taklimat NADI MAHIR: Pembelajaran sepanjang hayat

12 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

11 Oktober 2024- Bertempat di Bilik Latihan NADI PEKAN MACHAN telah diadakan Taklimat NADI MAHIR. Taklimat tersebut diadakan secara online mengunakan online platform Google Meet. Taklimat telah berlangsung selama 1 jam bermula daripada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 26 orang peserta telah menyertai program tersebut.

NADI Mahir, dibawah Pembelajaran Sepanjang Hayat, salah satu daripada 5 Pillar yang diperkenalkan dalam inisiatif ini, merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI. Antara kemahiran yang ditawarkan ialah Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali